PROTON telah melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value
(SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik
kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif
PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara
Damansara. Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid
White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE),
Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock.
Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.
Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.
Harga ntuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid)
dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan
RM36,888 (metallic). Saga SV didatangkan dengan jaminan tiga
tahun/100,000 km. Anda yang berminat sudah boleh melakukan tempahan
mulai hari ini.
No comments:
Post a Comment