Tuesday, 4 June 2013

Mutakhir Badrul Hisham didakwa anjur perhimpunan tanpa kebenaran.

PETALING JAYA: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, pada 25 Mei lalu.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Yasmin Abdul Razak, sebentar tadi.

Chegubard yang tidak diwakili peguam sebagai penganjur perhimpunan Program Penghargaan Kepada Pengundi Negeri Selangor, dituduh gagal memaklumkan kepada Polis Petaling Jaya mengenai perhimpunan yang akan diadakan, dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.


Mahkamah menetapkan 9 Julai ini untuk sebutan kes dan bagi tertuduh melantik peguam. 


credit to Berita Harian.

No comments:

Post a Comment