Geogetown: Polis sahkan menemui mayat seorang lelaki berusia 40-an di
dalam timbunan runtuhan jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr
Lim Chong Eu di sini, sebentar tadi.
Timbalan Ketua Polis Pulau
Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pasukan penyelamat menemui
mayat lelaki itu dalam keadaan tunduk di bahagian pemandu.
"Adik mangsa dalam perjalanan ke sini untuk membuat pengecaman sama ada mayat itu adalah abangnya.
Kita ada menerima laporan berhubung kehilangan anggota keluarga dari seorang individu di Batu Maung," katanya sebentar tadi.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya menemui satu mayat dalam timbunan runtuhan konkrit itu.
"Usaha untuk mengeluarkan mayat yang tersepit sedang dijalankan. Kita menghadapi sedikit kesulitan berikutan timbunan konkrit dan besi yang masih berada di tempat kejadian," katanya.

No comments:
Post a Comment