Monday, 17 June 2013

PROTON SAGA SV : KERETA MAMPU MILIK



PROTON telah melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara. Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock.

Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.

Jenayah: Tindakan Bijak Seorang Wanita Apabila Kereta Dia Diekori!

 



Jenayah: Tindakan Bijak Seorang Wanita Apabila Kereta Dia Diekori!

Pengalaman sebenar diekori kereta penjenayah ini dialami oleh Nur Farina bt Abdullah, ikuti kisah beliau: kisah berlaku pada 20/3/2013 pada jam antara 2:00- 2:30 petang dalam perjalanan dari Nilai 3 nak balik Bangi ikut jalan shortcut Bukit Mahkota. 

saya ke nilai nak beli langsir, abis semua saya pun nak balik umah di bangi sorg2 dlm keta, sampai satu jalan tu saya perasan ada keta merc atau bmw dgn no wnw 8558 atau wnw 8588  ( tgh gelabah no keta pun ingat2 lupa) dia bg lampu kat saya, so saya slow ler keta sbb keta saya pintu tak rapat atau tangki minyak x rapat, tp saya tgk semua ok2 jer, so saya buat tak tahu dan dia bg lampu lagi, so saya slow dan ketepi skit keta sbb ingat dia nak potong saya, tp saya slow dia pun slow blkg saya...

Friday, 7 June 2013

Polis temui mayat dalam keadaan tunduk di bahagian pemandu


 Tragedi Jambatan Kedua: Polis temui mayat dalam keadaan tunduk di bahagian pemandu

Geogetown: Polis sahkan menemui mayat seorang lelaki berusia 40-an di dalam timbunan runtuhan jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, sebentar tadi.

Runtuhan berpunca kegagalan struktur asas - DOSH


 
BAYAN BARU 7 Jun - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) negeri akan menyiasat dan mengenal pasti punca sebenar kejadian runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung semalam.

Penjual tiket feri maut ditembak di muka

Gambar Hiasan
MUAR - Seorang penjual tiket feri maut akibat ditembak dari jarak dekat yang mengenai bahagian mukanya di sebuah taman permainan kanak-kanak kira-kira 30 meter dari rumahnya di Taman Sri Temiang, di sini, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Tee Chai Heng, 51, mati di tempat kejadian dan mayatnya yang berlumuran darah tanpa memakai baju ditemui seorang jirannya pada kira-kira pukul 9 malam.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dia men dengar bunyi seakan mercun meletup pada kira-kira pukul 8.30 malam ketika sedang menonton televisyen tetapi me nyangkakan ia dilakukan kanak-kanak yang sering bermain di situ. - KOSMO!

Pemilik kereta yang terperangkap di dalam runtuhan dikenal pasti.

 

GEORGE TOWN - Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar.
Jurucakap polis berkata, bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

Thursday, 6 June 2013

Peristiwa Israk Mikraj



Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah.

Wednesday, 5 June 2013

1Malaysia For Youth (1M4U) Theme Song


Sekat Facebook Sebelum Parah

SHAH ALAM – Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.

Bahana Salah Guna Facebook



MEDIA sosial adalah medium terpenting dalam menyampaikan maklumat peribadi kerana ianya mudah dan percuma, hanya perlu melengkapkan 'password', anda boleh terus menggunakannya.

Sejak mula popular di sekitar pertengahan 2008, Facebook dilihat sebagai laman web terpenting dalam perhubungan sosial terutama untuk mencari rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan.

Namun, media sosial ini juga mempunyai elemen negatif yang mampu memberi kesan buruk kepada keharmonian negara.

Sebagai contoh, yang terbaru penahanan seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam akaun Facebooknya, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata. wanita berumur 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, Ampang dan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Jika dilihat dari sudut pengguna Facebook, kenyataan terbuka tanpa tapisan sememangnya mudah ditulis dan diluahkan dalam laman sosial ini.

Malah, ada di antara pemilik akaun Facebook, sering memberi kenyataan sensitif tanpa menyedari perbuatan itu, akan mengundang padah, khususnya dalam isu yang melibatkan keharmonian negara.

Kes ini juga telah membuka mata bahawa, masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu menghormati sensitiviti masyarakat dan Perlembagaan Negara.

Tuesday, 4 June 2013

JPJ SITA KENDERAAN DEGIL

Gambar Hiasan


SEREMBAN 2 Jun - Sikap keras kepala segelintir pengguna tidak menghiraukan undang-undang jalan raya mengundang padah apabila 25 buah motosikal dan 28 kereta disita anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini malam tadi.
Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah memberitahu, operasi yang dilancarkan pada pukul 5 petang dan berakhir 10 malam itu menyasarkan penunggang motosikal dan pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas.
"Sepanjang operasi ini JPJ mengeluarkan sebanyak 204 saman dan 60 notis arah periksa kepada pemandu atas pelbagai kesalahan.
"Berdasarkan pemeriksaan yang kita jalankan, kebanyakan kesalahan yang dilakukan adalah tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan dan tiada pelindungan insurans.
"Operasi ini dibuat berikutan aduan orang ramai mengenai tindakan pemandu dan penunggang motosikal yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya khususnya di bandar ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengetuai operasi tersebut.
Saiful Azzri memberitahu, operasi itu melibatkan 75 anggota penguat kuasa JPJ selain dibantu 10 anggota dan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Dalam operasi yang dijalankan itu juga, pihak AADK kata Saiful, menahan tiga lelaki berusia antara 20 dan 40 tahun kerana positif dadah jenis methamphetamine dan morfin.
Seperti biasa, operasi berkenaan turut menyaksikan beberapa penunggang motosikal yang bertindak menunggang melawan arus untuk meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.
Namun, usaha mereka sia-sia apabila ditahan di lokasi berdekatan.
JPJ akan terus menjalankan operasi berkala bagi memastikan pengguna kenderaan mematuhi undang-undang jalan raya dan dalam masa sama, mengurangkan risiko kemalangan, kata beliau.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Pecah rumah semakin menjadi-jadi di Kepong

 




KUALA LUMPUR 3 Jun - Penduduk Kepong dilanda kebimbangan berikutan kegiatan jenayah yang semakin menjadi-jadi di kawasan itu.
Secara purata, penduduk mendakwa sebanyak enam kejadian pecah rumah berlaku di kawasan itu setiap hari.
Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, kejadian ragut turut meningkat sehingga menakutkan penduduk.
"Kes pecah rumah dan ragut adalah yang paling banyak berlaku di sini. Biarpun anggota polis membuat rondaan setiap hari namun jumlah kejadian ini semakin tinggi.
"Ini kerana penjenayah semakin bijak, mereka pecah masuk pada waktu siang menyebabkan jiran tetangga tidak sedar bahawa rumah dipecah masuk," katanya dalam sidang akhbar mengenai kes pecah rumah yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Api-api Kiri 1, Kepong di sini.
Sementara itu, mangsa pecah rumah, Lue Gim Gee, 43, berkata, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu.
"Ketika itu saya dan suami ke pejabat kami yang terletak tidak jauh dari rumah. Kira-kira pukul 4 petang apabila pulang ke rumah kami mendapati pintu pagar terbuka dan rumah berselerak.
"Setelah pasti bahawa rumah dipecah masuk, kami bergegas ke balai polis Kepong untuk membuat laporan," ujarnya.
Suaminya, Lee Kon Thai, 50 berkata, kerugian yang dialami bernilai kira-kira RM25 ribu.
"Antara barangan yang dicuri ialah televisyen, telefon bimbit, komputer, radio, wang tunai dan kad kredit.
"Malah, habis semua dokumen penting seperti pasport, sijil kelahiran dan sijil simpanan premium diambil oleh mereka," katanya.
Dalam pada itu, wakil Balai Polis Sentul yang turut menghadiri sidang akhbar itu menyeru penduduk yang pernah menjadi mangsa agar tampil membuat laporan kepada polis dan jangan hanya berdiam diri.
"Jika mangsa tidak membuat laporan, pihak polis sukar untuk menjejaki penjenayah kerana mereka sangat licik menjalankan aktiviti mereka pada waktu siang.
"Orang ramai juga diingatkan agar mengunci pintu pagar serta rumah mereka menggunakan kunci yang berkualiti tinggi bagi mengelakkan rumah dimasuki pencuri," katanya.

Harga ayam naik RM2 sekilogram

Gambar Hiasan




MUAR 4 Jun - Kenaikan harga ayam sebanyak RM2 sejak cuti sekolah bermula bukan sahaja meresahkan peniaga-peniaga di Pasar Awam Maharani di bandar ini, tetapi penjual daging ayam siap diproses di kawasan kampung.
Menurut mereka, kenaikan harga ayam daripada RM6 sekilogram kepada RM8 sekilogram mula menimbulkan kebimbangan peniaga-peniaga ayam di kampung kerana keadaan tersebut boleh menjejaskan perniagaan mereka.
Peniaga, Rosnah Hassan berkata, harga itu mula meningkat beberapa hari sebelum cuti persekolahan bermula kerana permintaan meningkat mendadak.
"Terdapat peniaga pasar di bandar ini menjual ayam proses bersih dengan harga RM8.20 sekilogram, bahkan ada yang mengekalkan harga tersebut RM8 sekilogram.
"Peniaga terpaksa menaikkan harga itu apabila pembekal menaikkan harga kepada RM8 sekilogram. Kita bayar RM4.30 kepada pembekal sebelum cuti sekolah bermula dan meningkat kepada RM5.50 sekilogram beberapa hari lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, lebih merisaukan pembekal juga ada memaklumkan harga barangan berkenaan dijangka meningkat sebanyak RM0.20 sen dalam masa beberapa hari lagi.
Rosnah mendakwa, sebab utama kenaikan harga yang lebih tinggi ketika ini kerana banyak majlis perkahwinan diadakan sempena musim cuti persekolahan.
Seorang lagi peniaga, Amran Ahmad menggesa pihak bertanggungjawab tidak lepas tangan dan memantau perkembangan harga tersebut kerana dikhuatiri pembekal akan terus menaikkan harga sesuka hati.
"Kita harap pihak berkenaan buat sesuatu. Peniaga ayam di kampung-kampung adalah orang Melayu dan kita tidak mahu seolah-olah ditindas pembekal ayam," katanya.
Sementara itu, Ketua Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Muar, Mohd. Basha Abidin Ali berkata, peniaga tidak melanggar mana-mana peraturan kerana ayam bukan merupakan barangan kawalan pada masa sekarang.
Beliau memberitahu, jabatan berkenaan mempunyai kuasa mengawal kenaikan harga ayam hanya pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina.
Jelas Mohd. Basha, jabatannya mempunyai pasukan pemantau bagi setiap pasar dalam bandar dan kedai-kedai di luar bandar yang mendapati hampir semua peniaga menjual ayam proses bersih sekitar harga RM8 sekilogram.
"Harga ayam proses bersih sebelum ini antara RM7.50 hingga RM7.80 tetapi meningkat RM0.20 sen kelmarin. Terdapat juga kedai-kedai di luar bandar yang masih menjual ayam proses bersih pada harga RM7.50 sekilogram," katanya.

Jurutera Perbadanan Putrajaya daki Everest maut.

Jurutera Perbadanan Putrajaya daki Everest maut 


Putrajaya: Seorang kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menyertai misi menawan puncak Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp, meninggal dunia selepas diserang penyakit akut gunung (AMS), kelmarin.

Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal, ketika dihubungi mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, (gambar) penolong jurutera PPj, meninggal dunia jam 7.15 malam waktu Malaysia, kelmarin, ketika berada di Labuche dalam perjalanan ke Everest Base Camp.

 
Seorang lagi koma

Seorang lagi rakan mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan koma dan mendapat rawatan di kem berhampiran selepas diserang penyakit sama.

Bagaimanapun, katanya, usaha membawa keluar jenazah dan rakannya dari kawasan Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut menghadapi kesukaran berikutan cuaca buruk, berawan dan ribut salji.

Ekspedisi Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp yang bermula 27 Mei lalu hingga 10 Jun ini disertai 14 kakitangan PPj termasuk 11 lelaki dan tiga wanita mewakili Kelab Sukan dan Kebajikan PPj (KRISSputra).

Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat PPj, Zaharah Salamat, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kematian Mohammad Shahrulnizam jam 1.30 petang, kelmarin.
Katanya, sebaik menerima maklumat, perbadanan terus menghubungi Wisma Putra bagi menyelaras usaha menyelamat mangsa bersama Pejabat Perwakilan Malaysia di Kathmandu, namun terhalang akibat cuaca buruk.

“Usaha membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan segera gagal kerana cuaca buruk dengan awan tebal menghalang helikopter ke lokasi insiden. Klinik perubatan di Pheriche juga ditutup kerana musim pendakian utama tamat,” katanya.

Bawa pulang jenazah

Katanya, PPj dan wakil Wisma Putra sedang berusaha menerbangkan jenazah kembali ke tanah air secepat mungkin selepas segala urusan berkaitan selesai.

“Susulan insiden terbabit, perbadanan mengarahkan semua pendaki ekspedisi membatalkan rancangan ke Everest Base Camp dan pada masa kini selamat tiba di Pheriche, kira-kira lima jam dari Labuche. Sehingga kini, semua pendaki dilaporkan dalam keadaan stabil dan selamat.

“Atas dasar keprihatinan terhadap warga kerja PPj dan ahli keluarga mereka, PPj diwakili Naib Presiden Kanan PPj, Datuk Muhamad Haitamin Ishak dan Ahli Jawatankuasa (AJK) KRISputra melawat keluarga mangsa hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, bapa tiri kepada Mohammad Shahrulnizam, Mohd Zaini Basron, 51, berkata, beliau sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham.

“Arwah begitu teruja sebaik mendapat tahu terpilih sebagai peserta mendaki Gunung Everest, namun tidak sangka ajal arwah tiba ketika melakukan aktiviti digemarinya itu,” katanya.

Beliau berkata, dua hari sebelum anaknya itu bertolak ke Nepal, mereka sekeluarga sempat mengadakan majlis doa selamat.

sumber: Berita Harian

Mutakhir Badrul Hisham didakwa anjur perhimpunan tanpa kebenaran.

PETALING JAYA: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, pada 25 Mei lalu.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Yasmin Abdul Razak, sebentar tadi.

Chegubard yang tidak diwakili peguam sebagai penganjur perhimpunan Program Penghargaan Kepada Pengundi Negeri Selangor, dituduh gagal memaklumkan kepada Polis Petaling Jaya mengenai perhimpunan yang akan diadakan, dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.


Mahkamah menetapkan 9 Julai ini untuk sebutan kes dan bagi tertuduh melantik peguam. 


credit to Berita Harian.

welcome

assalamualaikum...