Monday, 9 December 2013

Banjir di Terengganu, Johor dan Pahang semakin surut.

KUALA LUMPUR: Keada-an banjir di Trengganu, Johor dan Pahang semakin pulih dengan semakin ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah manakala beberapa jalan utama boleh dilalui kenderaan, setakat jam 5 petang ini.
Di TERENGGANU, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melaporkan beberapa jalan utama iaitu Kuala Terengganu-Kuantan dan Lebuh-raya Jerangau-Jabor serta jalan pantai kini dibuka kepada semua kenderaan.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) Terengganu melaporkan paras air di semua sungai utama di negeri itu juga berada di bawah paras amaran.
Di JOHOR, hanya tujuh pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di Segamat petang ini bagi menempatkan 449 orang daripada 114 keluarga.
Pusat pemindahan tersebut ialah Balai Raya Kampung Sanglang, Balai Raya Kampung Tandong, SK Kampung Spang Loi, Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak), Balai Raya Kampung Gemereh III, Balai Raya Pogoh 2 dan Sekolah Agama Kampung Kuala Paya.
Sementara itu, pusat pemindahan di Balai Raya Linau Kechil di Batu Pahat dan Balai Raya Parit Stan di Pontian yang dibuka pagi hari ini telah ditutup dan kesemua mangsa banjir telah dibenarkan pulang.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan berkurangan kepada 32,189 orang, manakala kesemua tujuh pusat pemindahan yang menempatkan 137 mangsa banjir di daerah Raub telah ditutup tengah hari semalam.
“Sehingga jam 5 petang tadi (semalam), seramai 32,189 mangsa banjir yang terdiri daripada 9,879 keluarga masih ditempatkan di 132 pusat pemindahan di lapan daerah yang terjejas banjir,” kata jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang ketika dihubungi Bernama. — sumber



Monday, 17 June 2013

PROTON SAGA SV : KERETA MAMPU MILIK



PROTON telah melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara. Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock.

Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.

Jenayah: Tindakan Bijak Seorang Wanita Apabila Kereta Dia Diekori!

 



Jenayah: Tindakan Bijak Seorang Wanita Apabila Kereta Dia Diekori!

Pengalaman sebenar diekori kereta penjenayah ini dialami oleh Nur Farina bt Abdullah, ikuti kisah beliau: kisah berlaku pada 20/3/2013 pada jam antara 2:00- 2:30 petang dalam perjalanan dari Nilai 3 nak balik Bangi ikut jalan shortcut Bukit Mahkota. 

saya ke nilai nak beli langsir, abis semua saya pun nak balik umah di bangi sorg2 dlm keta, sampai satu jalan tu saya perasan ada keta merc atau bmw dgn no wnw 8558 atau wnw 8588  ( tgh gelabah no keta pun ingat2 lupa) dia bg lampu kat saya, so saya slow ler keta sbb keta saya pintu tak rapat atau tangki minyak x rapat, tp saya tgk semua ok2 jer, so saya buat tak tahu dan dia bg lampu lagi, so saya slow dan ketepi skit keta sbb ingat dia nak potong saya, tp saya slow dia pun slow blkg saya...