KUALA LUMPUR: Keada-an banjir di Trengganu, Johor dan Pahang semakin
pulih dengan semakin ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah
manakala beberapa jalan utama boleh dilalui kenderaan, setakat jam 5
petang ini.
Di TERENGGANU, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri
melaporkan beberapa jalan utama iaitu Kuala Terengganu-Kuantan dan
Lebuh-raya Jerangau-Jabor serta jalan pantai kini dibuka kepada semua
kenderaan.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) Terengganu
melaporkan paras air di semua sungai utama di negeri itu juga berada di
bawah paras amaran.
Di JOHOR, hanya tujuh pusat pemindahan banjir
yang masih dibuka di Segamat petang ini bagi menempatkan 449 orang
daripada 114 keluarga.
Pusat pemindahan tersebut ialah Balai Raya
Kampung Sanglang, Balai Raya Kampung Tandong, SK Kampung Spang Loi,
Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak), Balai Raya Kampung Gemereh III,
Balai Raya Pogoh 2 dan Sekolah Agama Kampung Kuala Paya.
Sementara
itu, pusat pemindahan di Balai Raya Linau Kechil di Batu Pahat dan
Balai Raya Parit Stan di Pontian yang dibuka pagi hari ini telah ditutup
dan kesemua mangsa banjir telah dibenarkan pulang.
Di PAHANG,
jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan
berkurangan kepada 32,189 orang, manakala kesemua tujuh pusat pemindahan
yang menempatkan 137 mangsa banjir di daerah Raub telah ditutup tengah
hari semalam.
“Sehingga jam 5 petang tadi (semalam), seramai
32,189 mangsa banjir yang terdiri daripada 9,879 keluarga masih
ditempatkan di 132 pusat pemindahan di lapan daerah yang terjejas
banjir,” kata jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Pahang ketika dihubungi Bernama. — sumber
No comments:
Post a Comment